dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Asas Usahawan PERKESO

27 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Julai 2024, telah berlangsung Bengkel Asas Usahawan PERKESO. Bengkel ini berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Batas Lintang bermula pada pukul 09:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang Ancaman Kandungan Internet serta teknik penghasilan poster produk kepada peserta sempena Bengkel Asas Keusahawanan di bawah PERKESO Perlis.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Bengkel Asas Usahawan PERKESO ini adalah taklimat pengenalan oleh PERKESO kepada peserta yang terlibat. Selain itu, Staf NADI memberi taklimat advokasi kepada peserta dan diteruskan sesi dengan memberi tunjuk ajar cara untuk menghasilkan Poster Produk menggunakan aplikasi Canva.

Dengan adanya taklimat seperti ini, ianya memberikan pengetahuan tentang Ancaman Kandungan Internet yang semakin berleluasa dan kesan akibatnya kepada peserta. Seterusnya, melalui program ini, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar, iaitu PERKESO dan dapat memperkenal NADI serta fungsi NADI kepada peserta yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.